Saturday, 4 August 2012

Ramadan 15 : Masalah

“nilah masalah orang perempuan, bila uzur, tengok TV 24 jam, patut bila uzur, dan tiba waktu solat, duduk berzikir, bertasbih dan berdoa selama waktu solat, 5 ke 6 minit jer.., lagipun bulan puasa begini, lagi eloklah korang orang perempuan duduk berzikir dan berdoa.., ada masa lapang, baca Al quran..ops, maaf saya lupa awak uzur (berdarah haid)”

Aku ambil pinggan dan terus ke meja makan, bebel aku lagi:

“Tak boleh baca Al quran?, bacalah tafsir Al quran, baca makna Al quran, dah berapa kali khatam makna Al quran dalam bahasa malaysia awak ni?, Yusof islam masuk islam dan beribu lagi kisah orang kafir masuk islam adalah asbab dari keinginan mereka ‘membaca makna’ Al quran dalam bahasa masing masing, dan abang percaya juga bahawa kisah bekas orang islam yang murtad pula adalah asbab dari tidak ‘membaca makna’ Al –quran, jadi.., Jika orang kapir baca makna Al quran sudah boleh dapat hidayat, apatah lagi awak orang perepuan yang uzur, patut dah khatam makna Al quran dah, ni asyik tengok TV sahaja, apa nak jadi ha?”

Perbualan Hamka dan bininya.
Yang penuh? Di sini.

*****

Sila catat bilangan hari waktu-waktu kecederaan tu.
Ready untuk ganti as soon as possible.
Manfaatkan puasa enam di bulan Syawal nanti.
:)

p.s: Separuh Ramadan sudah berlalu. Layakkah aku bergraduasi dari madrasah Ramadan ini?



No comments: