Friday, 29 November 2013

Cerita Atok

Tengok senarai
kawan-kawan FB.

Ya Allah..
Ramainya yang aku dah lama tak tegur.

Bismillah,
dengan beberapa klik,
aku berjaya meng-copypaste
ayat pembuka.

Al-hasil,
11 mesej masuk.

Wohaa!
Rupa-rupanya diorang ni on je.
Suka appear offline (macam aku)

Tak banyak pun benda yang dibincangkan,
basically about what are you doing now,
sihat ke tak,
study - where and what course.

*****

Mungkin dengan sikap
tak berapa nak reti malu,
dan developing process nak jadi cikgu ni,
menjadikan diri
dah tak berapa nak jadi penyegan.

Semalam,
masa duduk cabut uban atok,
boleh pula nak bertanya itu ini,
yang seingat aku,
tak pernah berjaya dibuat.

Lalu,
banyaklah cerita atok
yang aku dapat.

Bila dapat solat jemaah
Maghrib dengan Atok,
dengar suara Atok,
aku terfikir; agaknya apa Abah fikir.

Mungkin benda yang sama;
Abah dah tua.

Moga itu bukan solat terakhir kami bersama.
:')

*****

Bila dah sekali masuk
berbelas-belas mesej di Fb,
stop,
dan sambung esok.
Hee..:)

Bila Oren Tiada

Selasa lepas,
rumah diserang Cik Ti.
Bukan Che Ta ye.
Haha!

Salah satu puncanya,
mungkin kebun kelapa sawit
tepi rumah.

Semalam ada ular pula.
Agaknya dia cari Cik Ti
yang terlepas di rumah kami.
Haha!

Serentak dengan itu,
Oren menghilang.
Dah 3 hari.
M-Black si kucing hitam,
sedih tak terkata,
baring tepi abah.

"Kesian dia,
kawan main kejar-kejar,
gaduh gigit-gigit dah tak ada."

Allah.
Aku pun jadi sedih tiba-tiba.

Bila balik rumah atuk,
tengok sepupu main sorang-sorang.

Terkenang diri sendiri
yang Allah hadiahkan dengan adik-adik,
bolehlah buat teman
main badminton petang-petang,
beralah bila makanan tak cukup,
masak dan basuh baju berganti-ganti,
basuh pinggan siapa paling cepat,
gaduh siapa nak sapu rumah,
siapa nak mengemop,
main belasah-belasah
masa tak ada kerja.

Alhamdulillah..:')

*****

Pagi tadi,
selepas Subuh,
muncul Oren
depan pintu.

Agaknya nak menghantar
Ayub dan Adam,
yang ikut rombongan ke KL hari ini.

Semoga selamat semuanya!

Motor

Memang,
kalau masa di kampus
tak banyak hadir
program luar.

Banyak sangat clash dengan
program kampus.

Sekarang,
waktu cuti sekolah.

Banyak program luar,
tapi kekangannya - tiada kenderaan.
Muar bukan KL.
Mana ada LRT, Monorel atau KTM
untuk bergerak.
Hee.. motor ada la.

Motor,
oh motor.

Thursday, 21 November 2013

Cuti Sekolah

Esok Jumaat.
Sayyidul Ayyam.

Surah gua, khatam sudah?
Yes,
jangan lupa
Sollu 'ala Nabi!

*****

Meraikan minggu kedua cuti sekolah.
Tahun ke16 melalui cuti sekolah,
tolak 5 tahun yang hari-hari cuti.
Hee..:)


Put into Words

Saya benar-benar terkesan, malah tersentak
apabila melihat huraian plot sejarah dan idealisme oleh Ustaz Hasrizal.
Saya adalah insan yang menemui pelbagai fragmen idealisme.

Saya pernah hidup di dalam alam 'romanticism'.
Saya tidak kisah zikir, wirid, burdah, qasidah itu datangnya dari mana,
maknanya apa, siapa yang menulisnya,
yang saya mahu ialah 'ketenangan' apabila mengalun-alunnya.

Bila belajar, saya tidak mahu ambil tahu soal hujaah,
asalkan ianya menenangkan.
Menyebabkan saya tidak menjadi pendetil
dan tidak ambil kisah tentang sumber atau kesahihan sangat.

Saya pernah hidup di dalam alam 'rationalism',
kalau cakap tiada hujah yang konkrit, dalil naqli aqli,
sumber yang rajih, usah cakap pun tidak mengapa.

Saya sukakan seminar dan forum yang intelektual.
Saya sukakan perdebatan dan perbincangan yang sangat intelek.
Saya kian cenderung terhadap buku-buku falsafah, pemikiran dan idealisme.

Semasa saya hidup dalam 'rationalism',
saya kurang cenderung kepada 'romanticism'.
Benar. Ia adalah gelora kehidupan.
Yang penting, kedua-duanya menemukan kita dengan Allah
dan kedua-duanya meningkatkan takwa kita kepada Allah.

Selamat menjadi hidup yang sebegitu kawan, ia cuma 'hidup' yang akan mati.

*****

Bro Hafizul Faiz ni antara manusia
yang pada aku,
menulis apa yang dia rasa.

Menulis apa yang aku rasa,
itu bahagian yang aku masih belum berjaya.

Thursday, 7 November 2013

Kerana Dia yang Sama

Dalam cakap-cakap kami hari tu,
aku mulakan dengan ucap puji dan puja pada Dia,
yang bangunkan kita tiap-tiap pagi,
yang izinkan kita bernafas,
izinkan untuk jantung terus berdegup,
untuk hidup
sehari lagi
dengan izinNya.

Dalam sehari yang diberi,
pasti
tak terlepas
detik kita khilaf.

Dalam hati,
kita tahu,
Dia yang kita selalu bisik
lewat solat kita,
Dia yang kita selalu harap
dengar doa dan rintih kita,
Dia yang selalu ada
waktu kita sunyi
keseorangan,
adalah Dia,
yang sama,
waktu kita khilaf berdosa.

"Kita ini katanya pejuang,
tapi hidup kita
sentiasa dalam keadaan makruh."

Ya,
syaitan mungkin gagal untuk
buatkan kita berdosa,
sampai ke tahap zina dan bunuh.

Tapi, tentera dia akan sibukkan kita
dengan buat benda-benda harus
secara berlebihan.

Makan, tidur, shopping.
hukum asalnya harus.
Tapi bila berlebihan?

Inilah titik yang perlu diubah.
Untuk menjadikan apa yang harus,
benar-benar harus.
Harus yang berpahala;
niatkan untuk beribadah.

Ringan di lidah,
berat di tubuh.

*sigh*