Friday, 29 November 2013

Bila Oren Tiada

Selasa lepas,
rumah diserang Cik Ti.
Bukan Che Ta ye.
Haha!

Salah satu puncanya,
mungkin kebun kelapa sawit
tepi rumah.

Semalam ada ular pula.
Agaknya dia cari Cik Ti
yang terlepas di rumah kami.
Haha!

Serentak dengan itu,
Oren menghilang.
Dah 3 hari.
M-Black si kucing hitam,
sedih tak terkata,
baring tepi abah.

"Kesian dia,
kawan main kejar-kejar,
gaduh gigit-gigit dah tak ada."

Allah.
Aku pun jadi sedih tiba-tiba.

Bila balik rumah atuk,
tengok sepupu main sorang-sorang.

Terkenang diri sendiri
yang Allah hadiahkan dengan adik-adik,
bolehlah buat teman
main badminton petang-petang,
beralah bila makanan tak cukup,
masak dan basuh baju berganti-ganti,
basuh pinggan siapa paling cepat,
gaduh siapa nak sapu rumah,
siapa nak mengemop,
main belasah-belasah
masa tak ada kerja.

Alhamdulillah..:')

*****

Pagi tadi,
selepas Subuh,
muncul Oren
depan pintu.

Agaknya nak menghantar
Ayub dan Adam,
yang ikut rombongan ke KL hari ini.

Semoga selamat semuanya!

No comments: