Thursday, 21 November 2013

Put into Words

Saya benar-benar terkesan, malah tersentak
apabila melihat huraian plot sejarah dan idealisme oleh Ustaz Hasrizal.
Saya adalah insan yang menemui pelbagai fragmen idealisme.

Saya pernah hidup di dalam alam 'romanticism'.
Saya tidak kisah zikir, wirid, burdah, qasidah itu datangnya dari mana,
maknanya apa, siapa yang menulisnya,
yang saya mahu ialah 'ketenangan' apabila mengalun-alunnya.

Bila belajar, saya tidak mahu ambil tahu soal hujaah,
asalkan ianya menenangkan.
Menyebabkan saya tidak menjadi pendetil
dan tidak ambil kisah tentang sumber atau kesahihan sangat.

Saya pernah hidup di dalam alam 'rationalism',
kalau cakap tiada hujah yang konkrit, dalil naqli aqli,
sumber yang rajih, usah cakap pun tidak mengapa.

Saya sukakan seminar dan forum yang intelektual.
Saya sukakan perdebatan dan perbincangan yang sangat intelek.
Saya kian cenderung terhadap buku-buku falsafah, pemikiran dan idealisme.

Semasa saya hidup dalam 'rationalism',
saya kurang cenderung kepada 'romanticism'.
Benar. Ia adalah gelora kehidupan.
Yang penting, kedua-duanya menemukan kita dengan Allah
dan kedua-duanya meningkatkan takwa kita kepada Allah.

Selamat menjadi hidup yang sebegitu kawan, ia cuma 'hidup' yang akan mati.

*****

Bro Hafizul Faiz ni antara manusia
yang pada aku,
menulis apa yang dia rasa.

Menulis apa yang aku rasa,
itu bahagian yang aku masih belum berjaya.

No comments: