Bismillah..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Satu hari, di padang yang luas dan hijau, aku disapa oleh seorang kawan aku. perempuan, non Muslim. aku pun layan je la walaupun tahap kefasihan Bahasa Inggeris masih di tahap rendah. insyaAllah 5 tahun study kat sini, lidah ni taklah bunyi jawa sangat bila masuk kelas nanti.huk2..
tiba-tiba, dia tanya soalan cepugangsa : Why your tudung is so long ha?
Erk..what der. Macamana nak jawab ni?
Aiyoyo..saya belum beli lagi la tudung macam mereka pakai tu. Nanti saya beli, lepas tu saya pakai, saya tunjuk kat awak ye..
TUDUNG LABUH, TUDUNG BIASA
Aku pernah melalui zaman pakai tudung biasa dan tudung labuh ni. Memang ramai yang tanya, awat pakai tudung labuh? tudung biasa yang kitorang pakai ni tak tutup aurat ke?
Of course, my dear..as long as enti labuhkan sampai bawah dada, dan tak nampakkan bahagian-bahagian yang samar-samar; leher, telinga, pakai baju longgar, pakai stoking, jaga lengan. (AQ 24:31)insyaAllah, tertutuplah apa yang selayaknya ditutup. Tapi, bukan setakat tu saja ye, pakaian akhlak pun perlu diperbaiki. Pakaian akhlak ni sangat penting. ibarat slogan sekolah lama dulu, Qudwah before dakwah.
memang, ramai sahabat mengadu 'aku ni bukannya baik sangat, pegang tangan laki ni perkara biasa, tapi aku bukan jenis keluar malam dengan laki. nanti, kalau aku pakai tudung besar-besar ni, orang cakap apa pulak.'
hmm..habis tu, sampai bila wei..kalau kau tak nak mula sekarang, bila lagi? (AQ 103:1-3) betullah, perjuangan tu amat payah. berjuang menghadapi perubahan. cuba kau bayangkan kesannya 10, 20 tahun akan datang. yelah, macam yang kau cakap, pegang tangan laki segala. agak-agak ada tak yang akan condemn kau di saat kau dah tutup aurat dengan sempurna, dan hati kau terdetik nak pegang tangan laki. at least, hati kau akan menyoal. 'adakah patut aku buat perkara-perkara ni lagi?"
nasihat aku, mulalah daripada sekarang.(AQ 13:11) di saat ada sahabiah yang dapat beri nasihat, yang dapat menegur kau. okay?
back to the topic.
Beza pada fikizalnya mestilah ada. Rupa bentuknya, panjangnya, lebarnya. Dan satu lagi tempoh meng’iron’. Masa aku mula-mula berjinak pakai tudung labuh ni, kawan aku tanya : berapa lama ek kau iron tudung ko ni. Tudung yang kecik ni pun lama aku iron, kau punya mesti lama kan?
Uhuk2..agak lama la.
tapi, yang pasti perasaan dalam hati ni..AMAN, DAMAI, SENTOSA, HARMONI... perasaan selamat dalam hati. SERIOUSLY. mata manusia bukannya kita boleh tahan. takkan nak suruh pakai penutup mata pula. arahan suruh tundukkan pandangan dalam alQuran, berapa ramai yang patuh.(AQ 24:30) Dalam komuniti yang sangat sikit berpakaian macam aku ni, semestinya menjadi perhatian manusia yang pelik melihat aku. Adeh.. what la..bagi aku, aku anggap itu sebagai satu penghalang untuk aku buat benda-benda tak baik.
Hipokrit? Depan orang buat baik, belakang orang buat jahat? Well, its up to the individual. Ibarat kata senior aku, hipokrit itu perlu. Mula-mula memang akan jadi hipokrit, nanti, dah lama-lama, benda yang kita buat tu akan jadi habit. Dah rasa ralat kalau tak pakai stoking, tak pakai handsocks segala.
Alhamdulillah, setelah hampir 5 tahun berimej sebegini, banyak yang berubah. ‘pakai je tudung labuh, tapi haprak’..terima kasih kepada yang sering menegur, memang mula-mula aku rasa nak belasah je mulut yang agak lancang berbicara sedemikian rupa, tapi Alhamdulillah, berkat nasihat sahabat-sahabat aku yang memahami peristiwa silamku, rupa-rupanya teguran-teguran tulah yang menyedarkan aku tentang tanggungjawab sebenar sebagai seorang muslimah.
tapi, percayalah. tak guna melawan kebenaran sebab Allah sentiasa berada di pihak yang benar.
KISAH BENAR
Semasa menjalani PLKN, muslimat dipaksa memasukkan tudung ke dalam baju. Sangat seksi wa cakap lu. Walaupun kami pakai baju 2,3 kali ganda besar dari yang ‘sepatutnya’, tetap nampak bentuk badan. Alkisahnya masa pergi menembak di kem tentera laut. Aku dan kawan aku terpaksa berpatah balik ke surau kem tersebut untuk mengambil telekung yang tertinggal. Ada pak guard tu kacau kitorang. Soalan-soalan pelik la ditanya, ditambah dengan bunyi-bunyi nakal kat belakang kitorang. Geli seyh.. masa tu aku rasa macam PERGHH..MALU GILERRR.. aku rasa nak belasah je pak guard tu. Huk2.. adakah aku yang bersalah?? tolong!!
Berbeza dengan keadaan dalam kem, semasa bukan hari dan waktu bekerja, kami bebas untuk berpakaian. Jadi, semua dah tahu la watak sebenar macamana. Seriously, tak ada pun gangguan-gangguan dari lelaki, malah ada satu peristiwa yang paling aku ingat sampai sekarang dan menyebabkan aku tak pernah pakai seluar yang ada getah kat pergelangan kaki tu.
Kisah tu berlaku depan dewan makan. Aku pakai baju labuh dan pakai seluar tu. Lepas tu, ada seorang wira ni tegur, ‘pakai tudung labuh, baju labuh, tapi seluar..’
DUSHHHH...
Terkejut+malu. Tak tahu nak kabo guane perasaan aku masa tu. tapi, serius la, sejak insiden tu, aku langsung tak pernah pakai seluar jenis tu. lepas tu, bila aku tengok akhawat pakai macam yang aku pakai masa tu, memang nampak pelik, dan jangan marah ye, nampak seksi sebab nampak bentuk kaki. Alternatif? Pakai seluar yang tak cerut tu, then pakai seluar yang tight kat dalam, in case nak buat aktiviti yang boleh menyebabkan seluar terselak atau rasa stokin tak cukup panjang. Alright, kan?
Okay, back to the topic, again..
Panas? Tak jugak. Mula-mula dulu, mungkin sebab tak biasa. Tapi dah lama, rasa macam biasa je. Bila orang lain(esp. kawan non Muslim tu) rasa panas sebab cahaya matahari memancar terik, aku taklah rasa macam yang dia rasa. Dalam hati, kesian wo.. kat dunia dah rasa panas macam tu, andai kata dia mati dalam keadaan tak beriman, macamana ye gayanya. Bukankah orang-orang kafir akan jadi bahan bakar dalam neraka nanti?
Bukanlah nak cakap kita ni gerenti tak masuk neraka, tapi, insyaAllah, usaha+doa+tawakal. Berusaha buat baik, tinggalkan benda-benda maksiat+berdoa supaya dijauhkan dari dosa dan azab neraka+serahkan segalanya kepada Allah.
aku highlightkan kat sini, kesalahan-kesalahan yang sering kita buat dan wajib kita perbetulkan.
jadi, pakailah apa sahaja, asalkan menutup aurat. bukan macam kat atas ni ye.
AURAT : PERSOALAN IMAN
kita beriman dengan Allah? kita beriman dengan alQuran? kita beriman dengan perkara-perkara ghaib; syurga, neraka, hari kiamat?
andai mulut mengiyakan, andai hati membenarkan, buktikan dengan amal, dalam kes ni tutuplah aurat dengan sempurna.
2:62 Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.