Monday, 10 January 2011

Sunyi di Tengah Ramai

bismillah..
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

post pertama untuk tahun 2011, insyaAllah.

alhamdulillah, aku pass ujian jpj untuk kereta dan motor. terima kasih kepada semua yang mendoakan. walaupun ujian untuk motor tu aku ambil dua kali sebab gagal kali pertama kat bahagian 2, tapi alhamdulillah, rabu lepas, Allah izinkan aku pass kedua-dua ujian.

hmm.. susah juga ujian jpj ni. huk2..


manusia seringkali melihat ujian ni satu bentuk kesusahan, namun, hakikatnya, kesenangan itu juga ujian. sejauh mana kita ingat kepada pemberi kesenangan, sejauh mana kita sedaya upaya menggunakan kesenangan itu untuk mendapat mardhatillah (redha Allah), itu semua ujian. dalam AlQuran, Allah beritahu kita bahawa kita pasti akan diuji. ujian yang pastinya berbeza mengikut tahap kesanggupan manusia itu sendiri.(AQ 2:286)

okay, nak cerita pasal ujian jpj tu. mula-mula naik bukit..alhamdulillah, sampai line kuning. lepas tu, nak imbang clutch dengan minyak..alhamdulillah, walaupun terundur sikit tapiberjaya dikawal.

parking~alhamdulillah..Allah berikan ketenangan, so kepala otak boleh berfikir dan bertindak cepat. masa ujian jalan raya, dapat penguji lelaki. garang weh..asyik suruh aku cepat je.. lampu isyarat terakhir, dalam 500 meter dah nak sampai 'garisan penamat', enjin kereta mati..huk2..

dalam hati, memang rasa down. tapi, cuba bertenang. freekan gear, start enjin, tekan clutch, masuk gear satu, jalan..

huk2..dalam kepala otak fikir bilalah nak ambik ujian jpj ni lagi. nampaknya kena tunggu cuti bulan 3 la..huk2..

keluar je kereta, lepas bagi ucapan terima kasih kepada encik penguji dan tandatangan, aku skodeng markah yang aku dapat.. 17/20??

apakah?

encik pembantu ambik borang tu daripada aku. lepas tu, dia kabo : MERDEKA!!

hehe~gumbira tak terkata kot..rasa cam nak sujud syukur kat situ juga..tapi, segan..huk2..

Allah kabulkan permintaan aku..alhamdulillah~~

p/s:cikgu ct khadijah, insyaAllah kalau dah ada motor, akan ku daki puncak alam..ngehehe~

MANA MILIK KITA?

sepanjang seminggu berada di maktab, setiap kali lepas solat isya' atau solat maghrib, pasti ada bacaan tahlil untuk saudara pelajar-pelajar maktab yang telah mendahului kita dalam perjalanan hidupnya. nah, urusan mereka di dunia sudah selesai. alam dunia ini telah mereka tinggalkan kecuali 3 perkara yang akan mengikuti mereka. sebagaimana dalam hadith Rasulullah SAW:

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية ، أو علم ينتفع به ، أو ولد صالح يدعو له


“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memunafaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].

justeru, anak-anak, isteri-isteri, suami, kawan, lawan, harta, kereta, basikal, lappy, rumah, semualah benda yang kita 'ada' hari ni, bukan milik kita secara mutlak. maksudnya kita takkan punyai semua benda itu selama-lamanya. kecuali 3 perkara yang dinyatakan di atas.

mana milik kita
tidak ada milik kita 
semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya 
Kita hanya mengusahakan saja 
Apa yang kita dapat 
Allah sudah sediakannya

dulu, masa masih di zaman hingusan, kita selau berebut makanan, barang mainan..(rasanya kalau adik beradik ramai lagi dahsyat proses perebutannya) tapi bila dah besar sikit, takkan nak buat macam tu lagi kan. mungkin atas alasan kita dah besar, dah tak main la rebut-rebut benda remeh macam tu. oo.. maksudnya kalau dah besar ni kena berebut benda 'besar' la ye. duit berjuta-juta, tanah nerekar-ekar, tender buat bangunan bertingkat-tingkat, kita bolehlah rebut ye?? ha??!! macam tu ke???!!!

subhanallah~~

sahabatku, sekecil mana atau sebesar manapun, semuanya milik Dia. kau sendiri milik Dia. anytima, anywhere, anyhow, Dia boleh tarik nikmat, Dia boleh ambik nyawa kau. kau nak sombong? boleh bla la wei.. bla pi mana? nun.. tu kawan dengan golongan yang takabbur dan sombong sejak nabi Adam dicipta. tu yang sombong, mengaku sebagai Tuhan. (Firaun, Namrud n de gang) orang sombong, bongkak, takabbur duduk mana akhirnya nanti? neraka la weh..

NAUZUBILLAHI MIN ZAALIK..

mengambil quote dari novel Terasing, jangan kau asingkan diri. hiduplah dalam jemaah kerana kambing yang hilang dari kawanannya pasti akan di ngaap oleh serigala. cuba tengok kalau ramai-ramai, serigala pun kecut perut nak kacau-kacau. faham ye?

cari kawan yang baik. yang boleh tegur kalau kita buat salah. yang boleh ingatkan kita bila kita dipuji. ya..aku tahu, susah nak cari. 

so, bentuklah dalam diri sendiri untuk menjadi seorang yang seperti itu. sekurang-kurangnya salah satu muwasofat tarbiyah dapat dicapai; bermanfaat kepada orang lain..





lonely tree~dkraner of deviantart

aku tak nafikan, kesunyian itu kadang-kadang perlu. macam pokok yang kesunyian kat atas ni. walaupun berseorangan, tetapi masih berzikir mengingati Allah. kesunyian dalam erti kata mengambil masa sendirian, bermuhasabah, mengenal erti diri, mengenal hakikat diri. andai selama ini kita selalu buat baik, cuba kita asingkan diri. adakah kita masih akan berbuat baik? adakah kita akan rasa segan nak buat maksiat walaupun orang tak nampak kita? nah, di sinilah terujinya iman. aku suka mengaitkan iman kita ni macam monyet kat atas pokok. bagaimana kuatnya genggaman tangan dan kaki semasa angin ribut, taufan melanda. tapi, bila angin sepoi-sepoi bahasa, monyet tu terlena. lalu, terbongkang la dia kerana kelalaiannya itu.

ilalliqa'~insyaAllah jumpa lagi..

p/s : minta maaf kepada manusia yang sedang menanti bahagian terakhir untuk cerpen di ILI.huk2..selain belum siap, iLi tak dapat dibuka dengan sempurna di sini. paling lewat siap insyaAllah cuti bulan 3. minta maaf ye..

No comments: