Friday, 14 January 2011

Mua'llim a.k.a Cikgu

bismillah..
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

mua'llim, samakah maksudnya dengan guru?

guru bukan setakat muallim yang mengajar ilmu. tetapi, mereka juga murabbi, maddib. pendidik yang bukan sahaja mendidik dengan ilmu dunia, malah ilmu akhirat juga. justeru, bidang perguruan bukanlah hanya satu bidang profesional yang menawarkan gaji setiap bulan dan elaun-elaun tambahan. malah, ia adalah bidang yang menuntut pengorbanan sebagaimana pengorbanan mua'llim dan murabbi teragung; Rasulullah SAW dalam usaha baginda SAW untuk membawa 'cahaya' agar dapat menerangi hati-hati yang gelap penuh dengan karat jahiliyah dan kebodohan.


kesalahan seorang doktor mungkin akan mengakibatkan matinya seorang pesakit, tapi kesalahan seorang guru boleh menghancurkan satu generasi.

mood : fuhh..macam baru lepas berucap atas pentas.

okay, ramai yang bertanya tentang bagaimana nak masuk maktab aka ipg(institut pendidikan guru). hehe~tapi, ada juga yang meletakkan maktab sebagai tempat terakhir yang dia akan masuk. (kui9)..walauapapun, silakan kepada yang berminat untuk terus baca hingga habis.

i. anda perlu sentiasa peka dan update laman web http://www.moe.gov.my/ dan akhbar-akhbar untuk tahu perkembangan semasa.
ii. anda juga digalakkan (oleh aku) untuk ke http://eputra.com/
iii. untuk kawan-kawan yang sedang berada di matrik, atau di u, atau di mana-mana saja la, anda masih boleh memohon jika anda mahu bergantung kepada umur anda. untuk kplspm, had umur ialah 20 tahun dan untuk kpli(ni untuk yang dah ada ijazah), had umur ialah 35 tahun. untuk kpli, boleh rujuk sini

PERHATIAN : aku bukan lah menggalakkan antum ramai-ramai masuk maktab/upsi/bidang pendidikan..siapalah aku untuk berbuat demikian. huk2..

setiap orang berperanan sebagai guru dalam hidupnya. (walaupun tak ada ijazah perguruan,huhu~). kamu ajar satu huruf dari alQuran tu pun, kamu berhak dipanggil dan dimuliakan oleh orang yang kamu ajar.

insyaAllah, aku akan ceritakan serba sedikit tentang subject study yang aku tengah buat sekarang. basically, it is about sex and gender, feminism, and of course about Islam, the only religion that being accepted by Allah..ok?
=)

ilalliqa'~

p/s:hari ni usrah sangat best..harap rasa ke'best'an akan berterusan dan semakin meningkat.. TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR!!!!!
p/s:ada sesiapa tahu pasal selawat wahdah?

No comments: