Ketua Blok yang paling berbisa. Kecil je orangnya, tapi, ilmu, mashaAllah!!
Ayat yang paling aku suka : Akak sayang adik-adik semua.
Huhu~terharu seyh!!
Aman, 2011
Beliau dah jadi AJK Kerohanian, langsung tak sangka dia jadi senyap dan tak macam dulu. Tapi, malam ni, tetiba je dia bersuara.
Yeah!! Kak Akmar sudah kembali!!
Mula-mula, lepas habis tazkirah daripada Ms. Cuti Semester, aku nak bagitahu pasal kehadiran adik-adik ke program semalam je, tapi, bila Kak Akmar bagi syarahan, tiba-tiba rasa bersemangat. Lagipun, semalam dapat mesej dari Kak Ecah :
"Alhamdulillah..dengan berbesar hatinya, akak serahkan tugas malam esok kat awak..chaiyok2 uskut! huhu~"
Fuhhh~
Sebagai 'senior' yang tak berapa nak berfungsi kat asrama ni, aku ditugaskan untuk bagi 'ucapan alu-aluan' dengan adik-adik. Pengalaman tengok orang lain tak diterima lepas menegur orang membuatkan diri sendiri rasa takut nak menegur dan menasihat.
Bayangkan.
Dalam keadaan kita tak pernah berbual-bual mesra dengan mereka, tapi kita nampak kesalahan zahir mereka, patutkah kita menegur mereka secara umum? Kalau kita adalah orang yang berbuat kesalahan itu, salahkah kita kalau kita rasa tak selesa dengan teguran yang diberi tu?
(Ayat yang semakin skema..adeh~)
100 orang manusia, 100 macam ragam dan perangai.
Andai kata kita adalah orang yang ke-100, bermakna ada 99 orang mad'u yang perlu kita uruskan.
Mampukah?
Di sini kita perlukan kumpulan atau jemaah. (ececeh~)
Kalau kita jenis kaki J-Drama, dekati mad'u yang kaki J-drama juga. Kalau kita jenis kaki
Erk..faham ke?
(Kalau tak faham, sila teruskan)
Let say, ada 2 orang manusia. A dan B.
A = Kaki kanan : kaki J-drama , Kaki kiri : kaki Dota
B = Kaki kanan : kaki bola , Kaki kiri : kaki J-drama
Bila A berjaya menjadikan dirinya dan B menjadi Muslim dan kaki J-drama yang baik, inshaAllah, B akan menjadikan sahabatnya yang sama kaki kanannya; eg : C, menjadi Muslim dan kaki bola yang baik dan A akan juga menjadikan sahabatnya; eg : D yang kaki Dota sebagai Muslim yang baik.
Di sini akan berlakukah Law of Attraction. (Ni tak ada kaitan denga term saintifik, kalau ada pun, mungkin terkena sikit je sebab aku dah lama tak mengaji sains..huhu~)
Jadinya, D akan menjimatkan masanya untuk menarik mad'u yang lebih mudah dirapati berbanding C yang berkemungkinan memang tak ngam langsung. InshaAllah, apabila A, B, C dan D berjaya ditarbiyah dengan baik, mereka akan berjaya mengumpulkan sebilangan tentera-tentera Allah (jundullah) yang sentiasa bersedia menggunakan 'kaki-kaki' yang ada untuk menolong agama Allah.
How?
Tujuan yang sama.
Kalau lalu jalan raya ke, jalan kampung ke, jalan dalam ke, tetap akan sampai ke tempat yang sama.
Kan?
"Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara." (Ali 'Imran 3: 103)
DAN
"Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al Anfal 8:63)
Kuncinya : Ukhuwah. =)
![]() |
Semoga Allah tautkan hati-hati kita..=) [sengaja upload gambar yg kabur..hehe~] |
It was We Who created man, and We know what dark suggestions his soul makes to him: for We are nearer to him than (his) jugular vein. (Surah Qaf 50: 16)
p/s: Selamat bercuti sahabat sekalian. Jangan makan
p/s 2: Off to KI, Ampang tomorrow. InshaAllah will be home on Sunday night.
23111432
21102011
12.10 am
2 comments:
sedih semalam..teringatkan perjuangan yang tak berapa nak menjadi..insyaAllah..mula ditentang kelak akan disayang..
p/s: bila kau cakap psl 50:16 automatically aku igt whiteboard kau && tulisan2 aku yg kau tak padam lagi..haha..
-Maria Sharapova-
muahaha~maria sharapova la pulak!!
seram tau tak bila bangun ada 'wasiat' terpampang kat whiteboard?
adeh~lain kali buat lagi ye..
hehe~
p/s: perjalanan masih jauh..
Post a Comment