Friday, 14 October 2011

Nostalgia UPM

Alhamdulillah~sampai sudah..

2 hari lepas telefon abah. bagitahu beliau nak pergi MARDI, ada pesta buku. buku, novel dan ensiklopedia yang beratus-ratus tu dapat 5-20 ringgit. pergh!!

rancangan nak pergi dengan motor tiba-riba menjelma dalam kepala otak. akhirnya, lepas Zohor, kami berempat bergerak ke Serdang.

Sejujurnya, tak tahu pun MARDI tu kat mana. huhu~

Pagi Jumaat, tengok kat google map dan catat je maklumat yang ada.

tulisan doktor-tak-jadi..huhu~
Siap dengan nama jalan. Adeh~tapi tak guna pun.

Kami terpisah dekat Tol Sungai Besi, jadi aku dan wardah bergerak dulu dan berhenti kat KTM Serdang. Dengan pertolongan seorang kakak kat situ, beliau suruh kami ikut bas yang dia akan naik lepas tu.

Follow punya follow terlepas juga. Tengok signboard, lepas tu belok kiri. Nampak signboard Lebuh Silikon ke kanan. Tapi, kalau ikut catatan yang aku buat pagi tadi, kena belok kiri. adeh~

So, belok kanan dan tiba-tiba terpampang pintu masuk UPM. Gate 8.

ALHAMDULILLAH!!

Berjalan merentasi ladang, padang yang luas, phew~rasa tenang je walaupun baru je bertarung dengan perasaan tadi. huk3~

Meletakkan diri di tempat manusia yang paling dekat dengan aku, manusia yang rahimnya pernah didiami oleh aku, aku rasa sangat terharu. Kagum dengan semangat beliau menuntut ilmu.

Berjalan kaki di waktu malam, daripada KTM Serdang ke UPM. Sendiri. Seorang diri.

Huh~

Abah cakap: Dulu lain, sekarang lain..
Aku : Betul..betul..betul..

Masuk ke MARDI, membeli belah, menunaikan hasrat sahabat di Batu Rakit, Kuala Terengganu yang mengirimkan beberapa buah novel. Tapi, jumpa satu je.huhu~Sorry Dila!!

Selepas membuat pemerhatian, baru perasan yang cuma kami berdua je yang bawa topi keledar kat situ. adeh~

Disebabkan tekanan jiwa tengok orang lain siap bawak kotak, bagasi nak isi buku-buku yang diorang beli, aku pun rembat beberapa buku. Eh, satu je..hehe~dan disumbatkan ke dalam topi keledar tersebut. =)

Selepas solat Asar kat surau yang sangat best, aku masuk balik ke tapak ekspo dan cuba cari lagi novel pesanan Dila. Masih tak jumpa.

Jam menunjukkan pukul 6.47 petang. Maghrib dalam 10 minit lagi. Jadi, kami membuat keputusan untuk solat di MASJID UPM, satu lagi tempat yang memberi kenangan dalam hidup ni. Tempat kedua-dua pemilik cintaku selepas Allah dan RasulNya pernah solat. Pernah menuntut ilmu. Dan tempat kami bertiga (masa ummi study, kami baru bertiga) lepak dengan abah lepas ambil ummi dari makmal.

Masa terpinga-pinga cari parking, jumpa dengan kak Ila, salah seorang pelajar kat situ, kursus pengurusan alam sekitar.

Lepas solat maghrib, minta tolong dia, tanya macamana nak keluar dari UPM ni. Alhamdulillah dengan maklumat yang ada, berjaya juga sampai lebuhraya Sungai Besi, jumpa balik KTM Serdang, LRT Sungai Besi dan ada beberapa kali buat kesilapan. huhu~

Jumpa Coklat Celup dan Biskut Susu dekat Velo. Solat kat surau Velo, makan dan balik. Untuk memudahkan penjagaan motor yang telah dipinjam, kunci motor dan helmet diamanahkan kepada Mr. KR tapi disebabkan ada hal, bagi kat mr Bos.

Telefon abah:

Aku : Abah, ana fil velo. aakulu ma'a sadiqati.
Abah : OO..Velo...
Aku : Abah, i want to confess something.
Abah : Gapo dio?
Aku : Actually I was riding a motorbike.
Abah : Ila Serdang? Wah, seronoknya!!
Aku: hahahaha!! The last time when I called you, you were not asking me, Kaifa sa azhab ila MARDI. So, I did not tell la.
Abah : That's why I felt confused. Ada rombongan ke you ni? Ha..how is it?
Aku : Abah, you are too positive thinking la bah..
Abah : hehehehe~
Aku : Huhu~my friend was right. We have to be stubborn in order to drive or ride.
Abah : Ohho..ya..sahih..sahih..Ahha..hal enti ta'rifu?
Aku : Awat?
Abah : LC is now at home~
Aku : Ngaaaaaaaaaa~~~

Dengan kepenatan yang tak la melampau, aku gagahkan juga tangan untuk menaip, untuk tatapan usrati kat rumah tu. hehe~

Ada banyak benda aku belajar hari ini.

Jujurnya, aku takut nak bawa motor. Mestilah kan? Sebab ni kali pertama aku bawa masuk lebuhraya dan jalan berselirat. Memang le puuuunn..

Rasa tak selamat. Mulut asyik baca "Bismillahi majreha wamursaha": Doa Nabi Nuh AS masa naik kapal.

Walaupun tak sampai Velo, masih rasa tak selamat. Ibarat kata Coklat Celup, aku akan rasa selamat bila dah betul ada dalam bilik.

Tapi, sebenarnya kita takkan ada rasa selamat kat mana-mana pun kita berada melainkan kita merasa Allah ada dengan kita. Bukankah Allah menawarkan keselamatan kepada kita?

ISLAM: Salama. Keselamatan. Sejahtera.

Alhamdulillah~segala puji bagi Allah~

RM 56 : 3 manga (yang terbalik tu), 1 buku pasal Pope, yang lain novel..
Ustaz Edaham : Kita, walaupun kebaikan yang kita buat tu sedikit, kita kena ucap Alhamdulillah. Sebab Allah bagi ruang dan peluang untuk buat baik. Jadi, dengan cara itu, kita takkan ada fikiran negatif untuk berbuat jahat.

Wardah~syukran sudi jadi peneman aku..hehe~
Biskut Susu dan Coklat Celup: Walaupun sesat, alhamdulillah berbaloi, kan? =)

p/s: ada lagi kat kamera manusia bertiga tu. inshaAllah akan dimuatnaik kemudian.
p/s 2: Ummi, abah and the gang, my pic with the motor nanti ye..hehe~

Ilalillqo'~

5 comments:

mujahidah1413h said...

AHHAHAH, seronoknyer,,,,

Anonymous said...

si ulat buku maw buat library dlm bilik..gud3

p/s : buku psal pope?? hurm..

-mariacelup

uskutsilence said...

@mujahidah1412h : ngee~

@mariacelup :

nme hg pelik sungguh la..
yep..pope paul II. interesting. ada diceritakan rutin harian dia sejak 26 thn lead the church.

nak baca?

Anonymous said...

saje wat pelik2, kan susah nk track..haha..

rase cam menarik jer, sbb curious jgk psal pope nih..boleh jer nak kasi borrow.. hoho

-mariacelup

uskutsilence said...

hang nak pinjam?
boleh jadi case study nnt.

next sem la aku bagi. bz nk study kan? (ceh, bajet!!)

p/s: aku xdpt contact maple tree la. no yang ko bagi tu salah ke?