Saturday, 8 October 2011

Tahiyyat JEPON??

Japan's flag

Ada ke tahiyyat jepon?


Ada..


Tahiyyat JE PON....

hehe~macam tu sebenarnya cara nak sebut. Je dengan Pon tu ada jeda sikit ye. =)

Apabila ditanya: Hang lupa nak tahiyyat awal ek tadi?

Jawapan : Hehe~ I got no time. So, I just do yang wajib je. Tahiyyat awal? Sunat JEPON....

Tanya lagi : Hang baca apa masa tahiyyat? Doa duduk antara dua sujud ek? Awat cepat sangat? Penat aku nak kejar hang.

Jawapan : Err...Tahiyyat JEPON....

Adeh~

*****

Dalam post yang lepas, bertajuk Final Exam and Balairong Seri, aku ada sebut pasal berjumpa dengan Raja Segala Raja, kan?

Itu baru mukadimah. Ni baru nak masuk tajuk. Ngeh3..

Boleh kata dalam semua ceramah, asatizah akan beritahu kita tentang perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, lepas tu, naik Buraq ke langit. Kemudian, diceritakan LAWATAN SAMBIL BEKERJA di syurga dan neraka bersama Jibril Alaihissalam.

Tapi, ada satu perkara yang jarang disebut iaitu soal Tahiyyat.

Kali kedua aku diperingat tentang bacaan Tahiyyat. Tentang kepentingan Tahiyyat sebagai salah satu daripada rukun-rukun solat.

Al Ustaz menekankan bahawa Al Quran diturunkan di bumi melalui beberapa peringkat dan beransur-ansur. Semulia-mulia kitab tu!! Tapi, solat? Rasulullah SAW terima di Sidratul Muntaha. Baginda SAW bertemu dengan Allah, jaraknya sama atau lebih dekat dengan jarak 2 anak panah.

Apa yang Rasulullah ucap bila jumpa Allah?

Attahiyyatul mubarokatus solawatuttoyyibatulillah.
[Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.]

Apa Allah jawab?

Assalamualaika ayyuhannabiyyu warahmatullahi wabarakatuh.
[Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.}

Dan Rasulullah SAW balas semula:

Assalamualaina wa a'la ibadillah hissolihiin.
{Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.]

Subhanallah~

Itu adalah bacaan tahiyyat dalam solat. Dan ucapan itu adalah untuk kita. Kita mengucapkan kesejahteraan ke atas diri kita sendiri.

Nampak tak?

Betapa tingginya Allah pandang kita?

Sejahtera ke atas KAMI, dan atas HAMBA-HAMBA ALLAH YANG SOLEH.

Siapa KAMI tu?

Kita la weh~

Tapi kita solat, hanya untuk mengisi waktu lapang.

Kita solat sebab orang lain pun buat juga. Pelik pula kalau aku tak buat, kan?

Kita solat sebab orang akan nampak kita ni baik. So, kalau ada benda buruk terjadi, orang takkan tuduh aku.

Kita solat sebab nak rasa diri ni baik. Eh, salah. Nak rasa diri ni lebih baik daripada orang lain.

"Oh, aku pegang tangan pompuan. Tapi aku solat. Kira baik la tu..."

Pegang tangan lain jantina ni perkara BAIK ke??

Adakah kita tak faham atau tak nak faham atau faham tapi buat-buat tak faham atau kefahaman itu memang susah nak difahamkan atau err.. cukup..cukup..

-.-"

Haish~banyak lagi kerja kita WAHAI DAIE SEKALIAN!!!!!!

[back to topic]

Aku rasa nak nangis..tolong!!huhu~selama ni, kita baca tahiyyat tanpa tahu asal-usulnya. Baca cuma untuk melengkapkan rukun. Rasa macam dah cukup ok bila dapat solat. Lepas solat, masih buat dosa. (masih bermaksud sebelum solat dah buat dosa itu, lepas solat buat lagi, bukan bermaksud manusia ni macam malaikat: tak buat dosa) Sepatutnya solat ni mencegah perkara fahsya' dan mungkar. (Surah Al-Ankabut, Ayat 45)

Ditambah lagi dengan gangguan semasa solat. Kalau kita nak cari barang yang hilang, masa solat kita boleh jumpa. Huh~Saidina Ali RA, semasa luka parah di tubuhnya ditusuk panah, kekhusyukan solatnya membuatkan dia tak rasa sakit langsung masa panah tu dicabut. Jauh sungguh perbezaan solat kita dengan solat sahabat Nabi SAW kan?

Khusyu' semasa solat adalah nikmat yang susah untuk digambarkan.

Tapi sangat payah nak dapatkan.

Rahsia nak khusyu'?

Jaga pandangan mata, sebab mata tingkap hati. Hati tempat yang sangat rahsia.

ALLAH~Pemilik Hati. Yang berkuasa Membolak-balikkan hati..

WARNING!!

Sila baca tahiyyat dengan tajwidnya yang betul. Anda (dan aku) sedang menuturkan kata-kata penghormatan Allah SWT kepada Rasulullah SAW dan umatnya..

KITA!!

uhuk3..

Buku conteng uskutsilence :

Cuba ingat balik. Berapa lama kita hidup. Ambillah 20 tahun. 20 tahun = 7300 hari = 175 200 jam = 10 512 000 minit = 63 072 000 saat
Lebih kurang 63 juta saat. Lama tu!!
Solat kita berapa minit ek?
Letak la 5 minit. Kita letak umur baligh dalam 15 tahun. So, 5 tahun = 1825 hari.
1 hari (5 waktu solat) = 25 minit
Anggaran dalam 45 625 minit = 760 jam = 31 hari = 1 bulan
Huh~1 bulan penuh. Ni je ke bekal kita nak bawa balik kampung akhirat?

p/s: Nak isi bekal..JOM!!
p/s 2: Enjoying elbownote..hehe~

6 comments:

abdullah ahmad said...

assalamualaikum...alhamdulillah.. ilmu yg ada dikongsi bersama.. syukran laki ya ukht..semoga solat kita lebih khusyu'..

dlm solat, 3 perbuatan yg bleh mndatangkan khusyu'
1. takbiratul ihram
2. waktu sujud
3. tahiyyat

ahmad nabil said...

assalamualaikum..alhamdulillah, ada juga ilmu yang aku dapat. terima kasih, 5 stars utk ko. semoga solat kita lebih khusyu'***

ko tau kan, ada sorang budak tu menyibuk? bukannya kita knal pun. amir selalu tanya kat aku budak tu sape. tapi tak pe, ak psan kat dia, kita anggap je budak tu menuntut ilmu menuntut ilmu..

wan yutea said...

salam... sudah lah weyh. kesian budak tu. menuntut ilmu kot

uskutsilence said...

@abdullah ahmad: yep.afwan.oh..itu pun ada dalam isi tazkirah pagi tadi..baru teringat. syukran2..

@ahmad nabil n wan yutea:

erk..

siapakah?

at-Thalibul 'Ilm said...

terbaik!

mujahidah1413h said...

betullah miss ko ad sorang pemerhati tegar,, tc of ur heart ya ukhti,, sekadar ingatan bersama,, may Allah bless us,,