Thursday, 16 December 2010

Aktiviti Cuti Sekolah II

bismillah..
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
rehlah lagi.. kali ni dekat je.. laman tiga budaya.. entah apa budaya aku pun tak tau.. punya la 'excited' bawa baju semua.. lah, taman tema air ke?? adeh..
last2, abah+adik laki aku 4 orang tu je yg mandi.. ummi masuk, tolong tengok,haha~
aku+budak berdua lagi cam bese la.."gernak-gernik"(borak2 versi kami) dalam kereta..
buka cerita zaman sekolah lama..

terutama pasal kawan-kawan yang jumpa balik di facebook. tapi, ummi dah pesan jangan ingat diorang masa kecil tu sama dengan masa sekarang..huhu~anakmu ini pun sama, ummi!!
kalau tengok gambar masa kecil, wah.suci sungguh..la ni..adeh..banyak dosa sudah..
taubat!!
taubat!!
taubat!!
lepas isya', abah+aku+najah+dila+syuk+adam=gerak ke melaka.. haha~buat perkara yang dah lama aku tinggalkan.. last masa aku masih di puchong, kami sekeluarga pergi taman melewar..(la ni dah nak jadi kolej universiti)..tak silap masa tu tok guru nik aziz yang bagi ceramah..sedap dengar..ibarat embun yang menitik di hati yang tandus..(wah, rindunya!!)
di melaka, tepatnya di paya dalam..
masa kami sampai, parking memang penuh. banyak bendara dipacak sepanjang jalan. bendera biru gelap pun ada.(dacing der..) lepas parking, kami berjalan menuju ke pintu masuk. waduh..ramainya orang. aku nak snap pun tak dapat.

duduk.

turn pesuruhjaya pas melaka, ustaz abdul ghani bin abdul rahman. sangat terkesan. membuatkan aku tersentak dan merasai betapa dekatnya alQuran dengan kita. betapa kita jauh dari pengamalannya.
sirah Nabi, betapa mengajar kita. peristiwa hijrah. peranan sahabat(Abu Bakar As-Siddiq), peranan wanita(Asma' Binti Abu Bakar), peranan pemuda(Ali bin Abi Talib), malah peranan orang bukan Islam (Abdullah bin Ariqat).

aku nampak ustaz badrul amin, bekas pensyarah undang-undang uia. memang mantop la ucapan dia. aku kenal dia sejak zaman dia kena tangkap, keluar masuk kamunting dalam akhir 90-an. masa aku sekolah rendah. kaset-kaset selawat dia memang selalu dengar. syahdu weh..
manusia semakin ramai melimpahi kawasan markas.
dalam pukul 11 lebih, manusia yang ditunggu-tunggu pun tiba. itulah kali pertama aku dengar dengan serius ucapan yang dibuat. bukan apa, aku nak dengar pun kalau kat tv, banyak la diedit, di'touch-up' sampai buruk benar jadinya.

aku ingat lagi, gambar muka beliau dengan mata lebam di sebelah kiri. masa tu, aku ingat dialah orang jahat. sebab biasanya orang jahat kan kena pukul. hehe~jahilnya la aku ni.

lepas tu, kes tu senyap. mungkin senyap dari pengetahuan umum hasil usaha berita hairan dan tv-tv sampah tu. nak dapat berita-berita yang nyata, benar lagi sahih bukan di situ tempatnya.
abah cakap masa tu nak dapat berita-berita macam tu, gaya macam nak beli dadah.

aduh..patutlah..
tapi sekarang, pak cik kedai runcit kat sagil tu pun dah berani letak harakah kat depan. sebaris dengan berita hairan dan yang sewaktu dengannya.
ucapan dia memang superb. beliau satu usrah dengan Ustaz Ghani. sama-sama geng ABIM dengan ustaz Badrul Amin. hmm.. tarbiyah.. melahirkan manusia yang faham dan amalkan agama.

12.15 a.m.
balik.

eh, kejap! aku lum snap lagi..


aku ambil jauh-jauh je. sebab ramai orang laki. tapi jangan terkejut. sebab yang datang bukan biru laut, roket dan hijau je.. mat-mat dacing pun ada. tapi tak dapat detect la mana satu orangnya, cuma ada dengar bunyi-bunyi kutuk..huhuhu~

kat pintu masuk, jammed lagi..aduh..abah cakap kalau pergi haji lagi teruk 'jem' nye..
well, itulah politik namanya..

polis sokmo. nasib baik tak ada fru. kalau tak jenuh la aku nak lari.
kedai-kedai kat tepi tu penuh juga dengan orang yang tengah 'ngeteh'.


CENDERAMATA
 siapa yang buat ni???
 wallahua'lam..
 abah kata, sabar je la.
 balik.

 1.15 a.m.

sampai rumah. wah, ummi masih gagah menunggu kami, sambil menanda kertas.


 p/s:beruntungnya orang selangor..orang johor tak nak rasa ke??huhu~

No comments: