bismillah..
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
to all (silent)readers..

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
HIJRAH
memetik serangkap lagu dari kumpulan devotees:
hijrah itu memang susah
hijrah itu memang payah
hijrah itu menuju Allah
di hujungnya hasanah
Nabi Muhammad SAW berhijrah 1432 tahun dahulu dengan penuh rasa susah payah. mengharungi padang pasir yang panas membahang di siang hari dan sejuk hingga ke tulang sum-sum di waktu malam hanya kerana Allah.Saidina Ali, sepupu dan menantu beginda sanggup tidur di tempat tidur baginda dalam usaha mengelirukan Kafirun Quraisy yang nekad ingin membunuh Kekasih Allah itu. padahal, kita tahu pada waktu itu, umur saidina Ali masih teramat muda. namun, semangatnya mengalahkan orang-orang yang lebih tua daripadanya. (termasuklah kita, huhu~malunyerrrr..)
hasanah atau kebaikan di hujungnya iaitu nikmat syurga. itulah yang diimpikan oleh orang-orang mukmin. orang-orang muhajirin sanggup meninggalkan kampung halaman yang dicintai hanya kerana Allah dan RasulNya termasuk baginda sendiri.
Dari Abdullah bin Ady ibnu Al-Hamra` Az-Zuhry, diberitakan darinya, bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda , pada ketika itu baginda berada di al-Hazwirah di pasar Makkah, :
Demi Allah, sesungguhnya engkau (Makkah) adalah bumi Allah yang terbaik, dan aku menyintai bumi Allah kerana Allah , jika tidak aku diperintahkan untuk berhijrah, nescaya aku tidak akan keluar dari bumi ini”
-Hadis Riwayat Ahmad : 305
tanpa hijrah ini, kita tak mungkin mencapai nikmat Islam ini. Jazirah Arab di zaman Nabi adalah tempat yang penuh dengan penyembahan berhala, dihuni oleh manusia-manusia yang sanggup menanam anak perempuan mereka sendiri termasuklah Saidina Umar Al-Khattab. namun, dengan tersebarnya dakwah Islamiyyah oleh Baginda SAW dan sahabat-sahabat Baginda, lihatlah.. 2/3 dunia pernah dinaungi keamanan di bawah daulah Islamiyyah. wanita-wanita di zaman itu sangat dipandang tinggi, dijaga maruahnya. hatta menjerit seorang wanita di timur, tentera-tentera Islam di barat sanggup datang menyelamatkannya. Agungnya wanita di mata Islam. Namun, lihatlah hari ini. dunia seakan-akan kembali ke zaman jahiliyah. Muslimah hari ni sudah semakin hilang malunya. subhanAllah~
CAHAYA DI TENGAH KEGELAPAN
di dalam lingkungan masyarakat Arab jahiliyah yang rosak akhlaknya, Rasulullah diutuskan oleh Allah untuk menyelamatkan manusia. menyelamatkan kita dari kejahatan. menyinari kegelapan yang sudah berkurun lamanya. namun, penduduk Mekah sendiri mengusir baginda malah ada yang sanggup membunuh baginda. ternyata di madinah rasulullah disambut sebagai wira. hidup baginda yang penuh mehnah dan tribulasi itu akhirnya tamat setelah berlaku Pembukaan Kota Mekah pada bulan ramadhan. tak lama selepas itu, baginda wafat di pangkuan Aisyah r.a. dan tinggalkan kita dua perkara iaitu AlQuran dan Assunnah. jangan kita lupa, di saat akhir hayat baginda, baginda masih menyebut ummati, ummati, ummati..umatku, umatku, umatku...
Sungguh, sedalam manakah kita menghayati peristiwa hijrah ini? adakah sedalam perasaan cintanya Rasulullah terhadap kita, umatnya?
ALARM
1 message received..
"di padang mahsyar kelak, kedua2 kaki anak adam tidak akn berganjak menuju syurga@neraka sebelum ditanya 4 prkara : UMURNYA, bgmana ia dihabiskan; ILMUNYA, sejauh mana ia dimanfaatkan; HARTANYA, dr mana dan kemana ia dibelanjakan; TUBUHNYA, bgmn dia menggunaknnya." - hr tirmizi.
SALAM MAAL HIJRAH 1432, 7 DECEMBER 2010.
smoga thn baru ini lebih baik.
jgn lupa baca doa akhir tahun dan doa awal tahun hari ni..=)
itu antara mesej yang dikirim oleh senpai tercinta..(kak izzati aisyah). kemudian, seperti biasa, aku forward kepada sahabat-sahabat lain.
2 message received..
eh2..dah thn baru ek?
hehe..tq ingatkan..
***
well, kalau aku tak ada yang ingatkan mesti tak ingat juga. tapi, memang kita mudah lupa. leka. alpa. lalai. bila 'alarm' berbunyi, baru teringat, eh..yelah..dah tahun baru..
apa signifikannya tahun baru ni?
tahun baru, so azam barulah..
tahun baru, awek baru..
tahun baru, baju baru..
ye ke? itu ke benda yang kita nak 'baru'kan? kita.. lain dengan orang lain. kita khairu ummah.. kita orang islam.. kita mengimpikan syurga.. so, apa golongan khairu ummah perlu buat? apakah orang islam, orang mukmin perlu buat?
adakah kita masih pada paras keimanan yang sama? atau mungkin 'declines'?
adakah kita masih melakukan kesalahan yang sama? atau mungkin 'merancang' untuk melakukan kesalahan yang lebih besar?
justeru, ambillah waktu ni, detik ini, saat ini, untuk berhijrah. untuk berubah. kepada yang lebih baik. insyaALLAH~ kita=aku+kamu sama-sama akan menghuni 'rumah idaman mukminin' kelak. amin.
p/s:maattaufiq wannajah ila siti maryam..buat betul-betul,yam!! semoga cita-cita menjadi akauntan Muslimah yang berjaya dapat dicapai..amin..
No comments:
Post a Comment