Friday, 3 December 2010

Sabar

Bismillah..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Marah. Sabar. Susahnya nak bersabar lebih-lebih lagi bila dalam keadaan marah. Best ke marah ni? Teringat satu kisah mengenai Saidina Abu Bakar r.a yang diceritakan dalam versi Sabah yang cerita ni orang Sabah..hehe~)

satu hari, Rasulullah S.A.W. datang rumah Saidina Abu Bakar r.a.(kalau tak silap sebab masa uhkti ni bagi tazkirah, aku dalam keadaan mamai dan tak bawa pen dan kertas) dan seperti kebiasaan Rasulullah S.A.W., baginda S.A.W. memberi salam kepada Abu Bakar. Dalam rumah tu, ada seorang lelaki yang sedang mencerca dan menghina Abu Bakar r.a. 2,3 kali ‘steady’ lagi, tak lama lepas tu, Abu Bakar balas sebab tak tahan sangat. Telinga sakit, hati sakit, akal pun sakit. Kalau kena kat aku memang lumat kena belasah dengan aku.

(huhu~cam berani lak nak tibai anak orang).

Lepas tu, Rasulullah S.A.W. keluar tanpa memberi salam kepada Abu Bakar, tidak seperti kebiasaan Baginda S.A.W. Abu Bakar cepat-cepat kejar Rasulullah S.A.W. dan bertanya kenapa Rasulullah S.A.W. tak bagi salam kat dia bila nak balik. Rasullullah S.A.W. pun bersabda : Ketika kau dicela oleh lelaki itu dan kau bersabar, aku nampak malaikat datang menghampirimu, kali kedua kau bersabar, semakin ramai malaikat yang datang mengelilingimu. Di kala kau menghamburkan kemarahanmu kepada lelaki tadi, semua malaikat menghilangkan diri dan aku tidak mahu memberi salam kepada syaitan.

Subhanallah~marah tu rupa-rupanya mengundang syaitan itu menguasai kita. Ingatlah sahabat-sahabatku sekalian, orang yang paling kuat bukanlah yang paling handal berlawan (macam Kurosaki Ichigo or Sasuke..=)), tapi yang paling sabar menahan marah. Fassobrun jamil ya ikhwani wa akhawati..sesungguhnya sabar itu indah..

Belakangan ini, isu seperti pembakaran alQuran dan penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W. sangat hangat diperkatakan. Demonstrasi menunjukkan kemarahan umat Islam terhadap mereka yang mencetuskan isu tersebut. Aku sendiri dapat merasakan kemarahan mereka. Sekurang-kurangnya mereka yang berdemonstrasi ni lebih berani dan ada perasaan izzah dengan Islam dan tak mahu Islam dihina sewenang-wenangnya golongan manusia yang kita harapkan hidayah Allah akan sampai kepada mereka. Berbanding golongan manusia yang ‘sabar’ dengan lemparan fitnah yang dilakukan terhadap Islam. Buat-buat tak tau, tak ada perasaan.. andai inilah ‘sabar’ bagi mereka. Sungguhlah…

dalam alQuran, Allah banyak kali 'mention that HE is always with Assobiruun'~orang-orang yang sabar..

Sesungguhnya aku ni pun tengah menahan sabar. Nak diluah mati bapak, nak ditelan mati emak.(betul ke peribahasa ni..??) Harap-harap Allah akan berikan aku jalan keluar daripada masalah ini.

p/s : jumpa 6 orang manusia berpurdah di times square.. sangatlah cemburu dengan mereka. Buat aku segan dengan diorang. Bilalah nak merasa pakai purdah. At least 1 jam pun cukuplah. Nak tahu perasaan muslimah berpurdah. baru-baru ni, ada seorang kawan nonMuslim bertanya kat aku n de gang 'u tak panaskah pakai tudung?'..hehe..alhamdulillah~nampaknya, Allah dah gerakkan sedikit daripada hatinya untuk mengenali Islam. semoga pakaian yang kami pakai ni dapat reflect apa yang ada dalam Islam...keindahan, maruah, dan harga diri manusia bernama perempuan..

apa nak dikata aku masih disini
Madinatul Kuala Lumpur
8 DzulQaedah 1431
16 Oktober 2010

No comments: