Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Seseorang pernah bertanya, “kita dengan Allah guna panggilan aku dan Kau je. Kenapa dengan manusia kita nak guna saya, awak?”
Perkara ini dilontarkan gara-gara dia dimarahi oleh seseorang yang baru dikenali, kerana panggilan aku dan kau.. Kalau antum la kan, antum akan jawab apa. hmm.. aku pun tak tau nak jawab apa. So, sahabat aku dengan rela hatinya menyatakan pandangannya. (well, aku tak tau la ni pandangan beliau sendiri atau memang ada dalil)
Manusia ni lain. Allah lain. Hubungan dengan Allah tu lebih rapat. That’s why la kita guna aku, Kau. kalau dengan manusia, kebiasaannya, pertama kali jumpa atau kenal akan bermula dengan saya, kamu atau awak. Kebiasaannya ye..
Bagi aku sendiri, kalau pertama kali kenal, akan guna panggilan macam tu. Lebih-lebih lagi dengan perempuan. Lepas tahu umur, tua dari aku pulak tu, panggil la akak, kita..(hehe~sopannnya!!) kalau lagi muda, sah-sah la aku, kau.
Dengan lelaki, lain sikit. semenjak permulaan aku mengenali manusia bernama lelaki kecuali abah dan adik-adik serta lelaki-lelaki yang agak sebaya dengan abah, aku akan guna panggilan aku kau. ganaskah aku??
Sebenarnya, ini semua sebab nak elak percakapan aku jadi terlalu lembut. (err..memang haru kalau masalah ni timbul, boleh jadi fitnah kepada hati..nauzubillah~). Dalam pandang sisi lain, ia amat membantu dalam proses kerjasama berkumpulan. Zaman sekolah menengah taklah berurusan sangat dengan lelaki, lagipun ada 4 orang muslimin je dalam kelas(tapi, antara 4 orang tu, 1 je yang sambung bidang agama, apa-apa pun harap antum tetap akan jadi ar-rijal yang amalkan hidup beragama) Sekolah rendah lain la. Main kejar-kejar dengan lelaki biasalah tu..haha~entah apa-apa la..
okay, back to the topic. Golongan bertudung labuh ni biasanya golongan minority di tempat-tempat yang aku pergi. Contohnya PLKN la. Kita nak kerjasama dalam kumpulan, aku ni dah lah tak ada semangat nak ‘berkhidmat untuk negara’ masa tu, tapi diorang ni amatlah bersemangat. So, aku pun tunjuklah muka. Masa tu, masing-masing pakai name tag, so tahulah nama masing-masing. “Err..Ayu.ayu ada cadangan?” pergh..geli seyh.. aku, tanpa membuang masa, “oh, aku rasa okay je buat macam ni”. Dan aku nampak muka mereka agak terkejut. Lepas tu, masing-masing macam dah tak segan sangat la nak tanya apa-apa kat aku. kan senang urusan?
Tapi, bukan semua lelaki menggunakan panggilan aku dan kau ni. Antara mereka mungkin. Tapi bila berurusan dengan muslimat, mereka lebih senang menggunakan panggilan ana, enta, enti. Huhu~segan seyh nak cakap dengan diorang. Mungkin sebab kita dalam persatuan yang sama, bawah organisasi Islam pulak tu, so, gunalah panggilan ni. Tapi, kadang-kadang terlepas juga ‘aku’ tu. So, harap maaf ye senpai-senpaiku sekalian..
baru-baru ni aku jumpa junior aku, lelaki. sama-sama ambil lesen dan masa tu aku dah nak balik. dia kata "nanti akak pergilah kedai kita".. apa dan apa?? KITA? hehe..first time aku dengar lelaki cakap macam tu..(mesti budak baik ni..kui3)
ni ada cadangan blog yang menarik pasal topik kali ni..silalah ye..
Apa-apa pun, panggillah dengan panggilan yang baik. Itu yang dituntut dalam AlQuran dan Hadith bukan?
p/s:sebenarnya post kali ni agak berbunyi pentingkan diri sendiri, so, harap maaf bagi sesiapa yang terasa hati atau tak suka dengan post ni..(no hard feeling ya..)

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
No comments:
Post a Comment