bismillah..
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
post kali ni didedikasikan khas untuk sahabat seperjuangan di kem PLKN yang kini sedang berjuang di medan medic, terletak nun jauh di Mesir, Nusaibah Bt. Azmi.
FIRST TIME
segalanya pertama kali. pertama kali aku keluar dari negeri Johor untuk tempoh lebih dari 2 bulan. semasa mendaftar, pertama kali disindir.."nak bayar zakat ke?" pergh..bengang seyh..rasa nak belasah je..tapi, iman kata sabar..sabar.. tengok sekeliling..
pergh..aku sorang je ke yang pkai baju kurung+tudung labuh(erk..tak labuh sebenarnya nak dibandingkan dengan tudung sekolah, cuma sebab muslimat lain pakai tudung biasa)??? eh..ada la yang pakai baju kurung tapi tak pakai tudung..adeh.. dan nampak seorang manusia yang pakai songkok..ok la tu.. ada juga yang sama pelik dengan aku.. kategori ghuraba' mungkin..dalam bas, memang rasa sebak gila..nak nangis pun ada, tapi iman kata sabar..sabar..
pergh..aku sorang je ke yang pkai baju kurung+tudung labuh(erk..tak labuh sebenarnya nak dibandingkan dengan tudung sekolah, cuma sebab muslimat lain pakai tudung biasa)??? eh..ada la yang pakai baju kurung tapi tak pakai tudung..adeh.. dan nampak seorang manusia yang pakai songkok..ok la tu.. ada juga yang sama pelik dengan aku.. kategori ghuraba' mungkin..dalam bas, memang rasa sebak gila..nak nangis pun ada, tapi iman kata sabar..sabar..
sampai je pahang, beratur untuk hantar segala borang..borang kebenaran guna M16..segala borang la.. macam biasa..mulut aku memainkan peranan..al hasil, adalah yang mula mesra dengan aku, non muslim sekolah aku pon ada rupanya dan budak-budak bekas sekolah lama. dan diorang kenal aku..haha.. terharunya..hmm..peranan mulut sekali lagi..alhamdulillah, dikurnikan mulut yang agak becok bercakap (dan agak baik la kot, kalau mulut jahat mesti lagi tak banyak kawan kan)..hehe~ingat aku ni pendiam ke? dengan lelaki je kot aku jadi bisu..sampai ada sorang mamat ni yang baru-baru ni bagi mesej..
"ko kat KL kan sekarang?"
(adeh..sapa lak mamat ni..dah la tau aku kat mana)
"sapa ye ni?"
"mana nak kenal..kat skul dlu ko mana pernah cakap ngan laki"
(dushh..dah tu bakpe tetiba tanya psal aku)
dan sampai situ je la..sebab memang tak ada point dan aku malas nak panjangkan cerita yang akan memungkinkan kesan yang buruk..ok, kembali ke cerita PLKN. almaklum, pakaian di kem memang tak patuh syariat..aku tercari-cari kawan yang boleh tolong aku fight untuk minta kebenaran keluarkan tudung dari dalam baju. jeng..jeng..ada rupanya..Anis.
tapi, tak berjaya.huhu~
tapi, tak berjaya.huhu~
pertama kali jumpa Ibah kat dalam surau. senyap je dia tu. borak punya borak, rupanya dia budak Kisas. dan ada lagi 2 budak Kisas, Syud(UIA) dan Fatin(matrik Kulim). jalan-jalan lagi, jumpa budak SMKA kuala abang, naqiyah(matrik labuan), siti aisyah(sama dengan anis).
ha..yang pakai songkok tadi tu budak Teknik melaka, farid, syafiq awang(ex SMA sultan ismail dungun, geng debat juga),pak imam, ada beberapa budak ex KAKA juga tapi tak ingat nama.
rutin macam biasa la.. pagi ada PT pagi, kelas(pergh..boring sangat), petang kawad, aktiviti air, flying fox, pertolongan cemas, orienteering.. malam ada rollcall(betul ke ejaan ni?), ceramah, movie..
weekend..aku, ibah dan anis akan bentang kertas backdrop yang kitorang buat untuk malam nasyid lepas..baring2 sambil baca buku..lagipun dalam dorm panas..bawah pokok, dengan bunyi laut..masyaALLAH indahnya saat tu..seriously, hardly rindu kamu!! ibah selalu bagi tazkirah kat kitorang, anis la yang selalu emo..hehe~aku selalu gelakkan dia..dan semuanya tinggal memori yang takkan dapat diulang lagi.
SETELAH IA BERLALU
sekejap je masa berlalu. hari tu, hari terakhir. budak-budak terengganu dah mula naik bas. ada juga yang nangis..laki pon..adeh..masa aku dan budak-budak muar nak mula bergerak, aku dapat 'call' dari seseorang..
"huhu..sedih nak tinggal mg ni.."
"adeh..bakpe mu nangis ni?"
"mg jangan lupa kat aku.."
adeh..dan aku terdengar suara syud tengah pujuk budak sorang ni. anis..anis..
HARI INI
tadi, aku skpye dengan ibah. bagi kata-kata nasihat yang bagi aku amat bermakna..alhamdulillah~ALLAH tolong aku, beri hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.. terima kasih kerana kurniakan sahabat sebaik dia..insyaALLAH ibah, harap sangat boleh jumpa..huhu~
kalau berbicara soal sahabat, aku paling suka kaitkan dengan lagu ni..justeru. ibah, ~syukran~thanx~arigatou~kamsamida~terima kasih~ atas segalanya. meskipun kau tak tau akan kewujudan blog ini, hopefully kau akan doakan aku..kuat di jalan ini..isk..isk..
Sahabat Sejati
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com
Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi
Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini
Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku
C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya
Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi
apa nak dikata aku masih di sini
Bumi Jauhari, Malizi
13 Dzulhijjah 1431
19 November 2010
No comments:
Post a Comment