Wednesday, 29 December 2010

Cerpen : Maaf, Aku Tak Sanggup!!

falling away by lavilledieu of devientart

Kami semua sebaya, sama-sama berkenalan di bawah satu progam selepas SPM yang diadakan selama 2 minggu. berada dalam satu kumpulan yang sama. Agama yang sama, jantina je yang berbeza..

dalam kumpulan tersebut, boleh dikatakan majoriti merupakan bekas pelajar sekolah agama. Termasuklah aku. Sebenarnya, program tersebut merupakan program yang dianjurkan persatuan pelajar islam di situ. Ini bukanlah first time aku join program islamik, dah banyak kali. Lagi-lagi tahun lepas, budak spm la katakan. Senior-senior datang bagi talk.. motivasi..memang sangat busy dengan benda-benda macam tu. Lagipun, benda tu wajib. Kalau ponteng, kena demerit. Aduh..(erk..bunyi cam tak ikhlas ke??)

entah mengapa, berada di dalam program islamik yang satu ni membuatkan aku menjadi benci. Bayangkanlah..masa berbincang, ada yang bermain mesej. Kalau bagi mesej kat mak hang, ceq tak kisah.. ni antara korang. Aku tak nampak pun kepentingan bermesej sedangkan korang ada kat situ, di tempat yang sama. nak cakap, cakaplah depan kitorang. (korang obvious sangat..lepas sorang bagi mesej, sorang baca..haiya..agak-agak la kan..)

rupa-rupanya bukan aku seorang sahaja yang perasan hal tersebut. Qila, Ita, dan muslimat lain juga tahu. Qila mengambil jalan tengah, menganggap mereka hanya menghantar mesej-mesej biasa.

namun, satu hari, entah bagaimana, aku ‘terbaca’(sengaja baca,huk2) mesej yang dihantar oleh sang lelaki.

the sun is bright but it will set, the ice at the north pole is hard but it will melt, however, only our ukhuwah will stay and last forever, i always believe you as the truest friend.

apa dan apa?? ukhuwah??

eh, ada lagi. message received : 12.25 am. ha?

ubat RINDU sunat hajat, ubat CINTA sunat tahajud, ubat DOSA sunat taubat, ubat NYAMUK 'RIDSECT'..hehe.gudnite(^.^)

aduh..aku pening. bukankah falsafah ikhtilat sifar itu ditanam di dasar hati kita selama ni? hinggakan aku sendiri pun tersentak dan 'terpaksa' mengaku akan hakikat ikhtilat dan fitrah antara lelaki dan perempuan. Adeh, aku rasa seganas-ganas aku ni pun, tak adalah tahap nak mesej-mesej macam tu.(erk, orang-orang ganas ada bagi mesej-mesej genre ni ke??)

aku tahu pasal mesej-mesej virus merah jambu yang dikatakan makin melarat dalam kalangan persatuan Islam sendiri melalui blog-blog senior yang sudah masuk ke alam universiti, tapi tak sangka pula membarah sampai kat peringkat kami ni.(err..ke terbalik??)

nak tegur, kang merajuk tak tentu pasal. Setakat merajuk tak apa, kang disemburnya aku..aduh..tapi nak abaikan, kang satu hal nak tanggung dosa.

bincang punya bincang, kami ambil jalan tarik dia ikut aktiviti senggang kami. setiap petang, selepas asar, sambil menunggu makan malam, setelah membersihkan diri, aku dan sahabat muslimat lain termasuk budak sorang ni 'lepak' di surau, mengambil alQuran dan tadarus. masing-masing sedaya upaya membetulkan bacaan dan tajwid. 15 minit cukup la.Qila yang memang mahir dalam bab tajwid, aku jadikannya sebagai guru. 'ohh..banyak rupanya yang aku masih tak tahu.. betullah kata hukama', makin banyak kita belajar, makin 'bodoh'..huhu~'.

setiap malam dalam tempoh 2 minggu tersebut, sesi tazkirah akan dilaksanakan mengikut kumpulan. malam itu, giliran Zie yang beri tazkirah. Terasa rugi pula kalau tak catat. Kalau imam syafie yang ilmu berkepuk-kepuk pun still datang kuliah ilmu dengan pen dan kertas, apatah lagi aku yang ada kurang ilmu ni.(huhu~syahdu2)

Zie yang aku kenali sepanjang program merupakan seorang yang amat menjaga pandangan dan kelihatan pemalu, jadi ramai yang tak menyangka dia akan tampil di hadapan jemaah untuk memberi tazkirah. Senang kata, memang calon soleh la.. Bayangkan la kalau sampai aku pun segan nak cakap dengan dia. (ni kes respeck ye..)

DAKWAH DAN JEMAAH. tajuk nak gempak. hehe~

setelah bercerita beberapa ketika, 'oh..dia ni tabligh rupanya'. Dia menceritakan pengalamannya bersama jemaah ketika keluar selama 40 hari. Makanan dimasak sendiri. Bermulanya kehidupan dengan tahajud, solat subuh, tadarus, macam-macam la tapi mereka ni sedaya upaya aplikasi sunnah nabi saw dalam tempoh 40 hari tu. Terputus dengan dunia luar, sebab tiada tv, suratkhabar. Sangat tenang..(reminds me about the poem that we learned in form 3, the lake of innesfree kalau tak silap)

teringat episod perbualan aku dengan sahabat-sahabat di sekolah dulu, mengenai orang tabligh..

"tabligh kat tempat aku teruk. anak rambut karat. bini tak pakai tudung"
"diorang kan macam tak ada rumah, selalu tidur kat masjid taman aku"

ni pandangan negatif..

"kau baca kisah Nabi Nuh, anak dia sendiri tak masuk Islam. bini Nabi Luth, sekatil, seselimut pun sanggup berpaling dari agama Allah.. itu semua ujian. dan Allah takkan membebani seseorang hambaNya melainkan dia sanggup"

ni pula pandangan positif..

yang penting, bagi aku, mereka golongan tabligh ni dah cukup kuat nak banding dengan lelaki-lelaki dayus yang tak ada effort langsung nak berdakwah. bukan setakat kepada anak bini, diri sendiri pun tak terpimpin. Tapi, aku tau bukan semua mampu. Huk2..

hari terakhir program, masing-masing menangis. Aku? Hehe~hanya mampu tersenyum. Err..bergenang la jugak (dalam hati ada taman bro..huhu~)aku tak nak menganggap 'perpisahan' itu sebagai satu perpisahan yang sebenar. kerana kelak, aku akan bertemu lagi dengan mereka di syurga, insyaALLAH.

*****

sebulan lagi, keputusan permohonan ke matrik akan keluar. dalam tempoh itu, aku baca la buku-buku yang aku borong kat pesta buku tahun lepas. La ni baru nak baca. Tambah dengan buku yang ummi pinjam kat perpustakaan sekolah. Satu hari yang hening, aman, damai, dan sentosa.. tiba-tiba, telefon bimbit aku berbunyi.

Ohoo..nombor yang tidak dikenali..

"assalamualaikum, ya, sapa ni?"

tut..tut..

aik..dia letak pulak.erk..check history, nombor ni dah 3 kali call, tapi aku tak jawab.

'salam alayk~sapa ye?'

Tak lama lepas tu, orang tu balas..

'eh..ni syuk, kalau awak ingat lagi la..'

adeh..mamat ni ke? awak? dush3..awat la aku mesej mamat ni tadi..

'oh, ingat2. Wat apa skrg?'
(err..perlu ke??)

'dok rumah la. tunggu u..awak sihat?'

malasnya nak balas mesej dia ni..tolong!!

'alhamdulillah..sihat..err..maaf ye. kredit aku dah semput2 ni..k, salam alayk'

fuhh..selesai. no smiley..yes hidden meaning.. kalau tak faham juga, tak tau la nak wat guane.

esoknya, di waktu dinihari, di kala manusia sedang enak diulit mimpi, aku dikejutkan oleh bunyi 'phone' tercinta.

aik.. mamat ni lagi. awat la bijak sangat buat miscall pagi-pagi ni. adeh..baru pukul 5 der..hmm..alright juga. aku set alarm pukul 5.15, awal 15 minit je kot..hehe.. thank you ya Allah for giving me another chance of life.

*****

ku biar kalam berbicara
menghurai maksudnya di jiwa agar mudah ku mengerti segala yang terjadi sudah suratan Ilahi

nada dering lagu sahabat sejati nyanyian UNIC bergema.

eh, siapa pula yang call malam-malam ni?

erk, dia lagi?

dalam keadaan mamai, aku cuba mencari jam.

sahlah mamat ni nak kejut aku tahajud. ni dah kali kelima dah, berturut-turut pulak tuh..adeh..ni tak boleh jadi.. apa maksud dia ni?

*****

dengan lafaz bismillah, aku mula menaip mesej.

Hadirku untuk menjadi teman pemberi ingatan, bukan untuk melalaikanmu, adanya diriku sebagai penghembus semangat jihadmu bukan penggoyah imanmu, namun andai kau rasa diriku ibarat embun, muncul kala dinihari, hilang kala terbitnya matahari, maka ingatlah aku masih di sini, sentiasa berdoa kau terpelihara sepanjang hari, walau rembulan jauh menyepi, ingat perjalanan kita tersangat-sangat jauh, ingat kita adalah insan yang telah Allah muliakan dengan IMAN dan Dia yang memberi kita peluang untuk berjuang.

message sent..

harap-harap la kau faham.

jauh di sudut hati, aku masih bersangka baik.(ceh..bajet baik) walaupun aku menyaksikan sendiri mesej-mesej lagha korang, aku sangat berharap kau akan berubah.malah akan menjadi rijaluddin yang akan kembali kepada perjuangan yang asal. yang tak tunduk kepada nafsu dan perasaan. sememangnya zaman remaja ialah zaman paling sukar untuk ditempuh.

(WARNING:mood mujahadah sedang meningkat!!)

Now…
If we don't change society
Then we are part of the cause
on the Day of Judgment
We are going to stand
in front of Allah
There will be no excuses
For being useless

bait lagu Muslim for Life oleh Soldiers of Allah tiba-tiba bergema di fikiran. We are going to stand in front of Allah, kita akan berdiri di hadapan Allah. There will be no excuses, For being useless, tidak ada alasan lagi untuk menidakkan perkara yang kita pernah buat di dunia ini. sedangkan dalam satu hadith Rasulullah saw, baginda bersabda ;

di padang mahsyar kelak, kedua-dua kaki anak adam tidak akan berganjak menuju syurga atau neraka sebelum ditanya 4 prkara : UMURNYA, bagaimana ia dihabiskan; ILMUNYA, sejauh mana ia dimanfaatkan; HARTANYA, dari mana dan kemana ia dibelanjakan; TUBUHNYA, bagaimana dia menggunakannya. (riwayat at-Tirmizi)

Without Islam in our lives
Our lives are fruitless

Leaving behind
all things taking nothing
but our deeds
On the last day it will be
too late to repent
We will be accountable
For every minute &
cent that we spent
Islamically intact
My brothers got my back
Shaitan can't attack
because were always in a pack
Prophet showed us
how to be a statesman
a father, a leader
Amir of jihad
a husband, a judge
and a friend

Nabi Muhammad SAW diutus untuk memimpin kita. memimpin kita cara untuk menjadi seorang manusia yang dimuliakan oleh Allah. teringat kisah saat ayat alQuran yang terakhir diturunkan. sahabat nabi saw menangis kerana mereka tahu, apabila wahyu sudah sempurna diturunkan, tugas Rasulullah juga sudah hampir sempurna. bermaksud, tiada lagi manusia yang akan mendapat tarbiyah terus daripada Allah. subhanallah!!

A messenger
that Allah has send
that’s the example
that we content
He cultured
The Sahabas personalities
Built Islamic mentalities
gave them the bigger scope
to spread Islam
All over the globe
they say your too young
to change this world
to young to understand
Look at Ali (RA)
At 8 he was mature
like a man
Carrying this
message of Islam
Khalid Ibn-Waleed
Conquering land
Liberating kufar
to Islam
Abu Bakar
politically sharp
was side by side
with the Prophet
from the start

Islam dihina pada hari ini. kerana tiada 'Abu bakar', tiada 'Ali', tiada 'khalid al walid' yang berani menentang penghinaan itu. lantas, pemuda seperti kau, pemuda-pemuda yang kuat fizikal, kreatif itulah yang diharapkan mampu membawa Islam kembali memayungi alam ini. lebih hebat daripada kerajaan Turki Uthmaniyah yang telah hancur awal kurun 20 yang lalu.

sejarah pernah menyaksikan Sultan Muhamad alFateh menawan kota Konstantinopel seawal usia 20-an. usia remaja sepertinya, seperti kau. adakah wajar usia remaja dipersiakan?

We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again

aduh..aku tak sanggup andai diri yang hina menjadikan lelaki jatuh. jatuh dalam erti kata membawa ke lembah kehancuran.mungkin, mungkin niat awal kau untuk sama-sama beribadah, solat tahajud or whatsoever, tapi, aku takut akhirnya nanti solat yang dilakukan itu adalah bukan kerana Allah, tapi kerana kau. adakah kau mengerti?? (isk..isk..)

aku tahu, mungkin ada yang melihat aku ni seorang yang syadid. terlalu menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan. tapi, itu prinsip aku. dan aku berhak mempertahankan prinsip yang bagi aku sangat perlu dipertahankan. Prinsip itu bukan satu prinsip yang salah, salah di mata masyarakat tak bermakna salah di mata Islam. tambahan pula, bukan redha manusia yang dipinta. apalah gunanya meraih redha manusia tapi redha Allah, aku tak dapat.

Dan lagi satu, aku ada prioriti dalam hidup ni. Dalam usia sekarang, study dan dakwah adalah prioritiku. Masih ramai ikhwan yang perlukan perhatian kau, belaian kasih kau. untuk dikejutkan tahajud. untuk diajak berpuasa bersama-sama. Untuk sama-sama bangkit memperjuang ummah.

Satu saat nanti, andainya waktu sudah tiba, andainya diri ini yang ditakdirkan oleh Allah untuk menjadi sayap kirimu, sungguh aku berharap saat itulah saat yang kau gunakan untuk memimpin hati ini untuk sama-sama menuju redhaNya dan jangan sekali-kali kau membiarkan diri ini menempahkan tiket untukmu ke neraka.

Ketahuilah wahai engkau, aku ini ciptaanNya yang paling indah. tidak hairanlah, nikmat syurga tak dapat mengisi kesunyian Adam as melainkan ada Siti Hawa di sisinya. justeru, maafkan aku, aku tak sanggup menjadi asbab untuk kau juga jatuh. sungguh, aku tak sanggup..

THE END

pesanan penulis : jangan ditanya samada ini kisah benar atau tak, yang pasti aku ada sebahagian daripada watak-watak di atas..semoga dapat ibrah..

gambar pertama yang aku berjaya edit dengan photoshop..ngee~alhamdulillah..

p/s:ayuh, kembali ke sekolah!

No comments: